๐Ÿ“ข Actions Speak Louder Than Words!

Wabak Corona Virus / Covid-19 #2

Posted: May 15, 2020 | Reading time: 6 min
โš ๏ธ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
๐Ÿ“ข Iโ€™ve moved to a new website. Please visit me at https://journal.robbi.my !
post

Assalamualaikum…

Isi kandungan dalam artikel ini adalah bersifat sembang-sembang kedai kopi iatu adalah berbentuk pemerhatian peribadi penulis dan acah-acah pandai. Tulisan ni adalah bahagian ke #2 Boleh baca bahagian #1 disini sekiranya berminat.

Sedar tak sedar dah beberapa bulan rakyat Malaysia “menikmati” PKP. Ada yang “untung” dapat merasai PKPD pada fasa-fasa yang lepas sebagai upah kerana terlalu “berani” untuk bersosial dengan masyarakat.

Penulisan pertama aku hari tu pun ditulis pada bulan march, sekarang pun dah masuk hujung bulan mei dan paling syok dah habis ramadan dan sedang menikmati hari raya di bulan syawal yang mulia ini.

Maaf sebab intro yang cukup pahit bila dibaca. Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semoga sihat sentiasa…

Pekembangan terkini?

Banyak juga nak cover-up sebab dah berbulan aku tak tulis apa-apa cerita langsung berkaitan coronavirus / covid-19 kat dalam blog aku ni. (ceh macam la penting sangat aku nk buat cover-up)

Sebelum terpesong jauh, aku nak tekankan segala penulisan aku ini adalah sekadar catatan peribadi.

Dah boleh kerja, industri mula beroperasi

Pada fasa PKP minggu ke-3 seluruh rakyat Malaysia dikejut-beruk kan oleh Azmin Ali apabila dia mengumunkan bahawa esok syarikat dan industri dah boleh mula beroperasi secara penuh dengan 100% workforce.

Fuh, ramai orang melatah. Termasuk aku sendiri, yelah apa gila idea kau Azmin Ali weh.. kau tetiba buat pengumunan dan esok dah terus kerja. Aku terima email daripada general manager berkenaan peluang untuk kembali beroperasi ini pada jam 7.18 Malam. Meloncat aku terkejut.. stokin, baju, minyak kenderaan belum isi arhhghh.. gawat, pening aku. Esok dah nk mula kerja. Hati belum sedia! Azmin Ali, tolong lah guna akal lain kali.. buat lah announcement dan berikan tempoh sekurangnya sehari untuk orang bersedia. Nasib baik aku duduk kat rumah je! buat nya aku terperangkap kat negeri lain..dah satu hal aku nk menggelupur fikir macamna nak balik ke tempat kerja.

Merentasi daerah dan negeri atas alasan kerja

Dalam kes aku, aku “berpeluang” untuk merentas daerah setiap kali pergi-balik tempat kerja. Lebih padu, aku merentasi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang Johor.

Peh..seram sejuk juga. Mana tak nya, dua kawasan ni penyumbang besar statistik jangkitan covid-19 di negara JDT yang hebat ini.

Polis dan askar banyak kelihatan dia kawasan roadblock dan jalan-jalan tikus. Drone juga sekali sekala kelihatan terbang di udara untuk memantau pergerakan penduduk sekitar.

Alhamdulillah, aku tak pernah kena tahan sebab aku memang legit. Dokumen cukup lengkap dan memang aku perlu melalui jalan itu untuk pergi-balik tempat kerja.

Namun setelah seminggu-dua lebih kurang macam tu, aku nampak angota frontliner dah amik tak kisah siapa kau, dia benarkan je orang keluar-masuk tanpa soal banyak. Maybe dah buntu sebab nak tahan pun, kenderaan dah terlalu banyak. Akan tetapi mereka setia menunggu di bawah teduhan roadblock dan stanby di situ sambil bermain telefon.

Pada ketika itu statistik jangkitan masih lagi pada paras yang menakutkan…

Kebangkitan ekonomi

Bak kata-kata yang diucapkan oleh Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF):

Tempoh PKP sekarang adalah penting untuk kerajaan mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19) tetapi untuk menjana kegiatan ekonomi, semua syarikat perlu dibenarkan beroperasi - Datuk Shamsuddin Bardan

Banyak lagi orang-orang atasan yang borak sembang pasal ekonomi ni. Aku nk quote pun malas..

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa negara alami kerugian RM2.4 bilion sehari akibat PKP. Banyak tu, duit tak masuk dalam negara beb. Tu baru citer bab industri, cukai etc.. belum lagi citer bab orang yang hilang punca pendapatan ketika PKP nih.

Takziah buat meraka yang hilang pekerjaan, kene retenchment, kena paksa cuti dan sebagainya. Saat ni kau boleh tengok la syarikat dan majikan kau berhati perut atau tak. Seriously aku nampak ramai yang penting diri. Amik contoh paling power Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes yang mana pada waktu itu semua jadual penerbangan terpaksa dibatalkan dan kata nya tiada duit masuk, so kene potong la gaji dan claim tiket ditukar kepada kredit loyal point. Cehh, duit untung sebelum ni pergi mana? Asal kau nak ambil duit orang? Pulang kan jelah dalam bentuk wang. The heck kau nk kasi kredit AirAsia point yang ada tarikh luput tu.. masalah!

Kerajaan (Pakatan Nasional) juga telah membuat bermacam suntikan untuk menbangunkan ekonomi dan ada juga idea bodoh seperti membenarkan syarikal arak beropeasi (telah ditarik balik selepas di desak oleh rakyat). Seriouly? Penting sgt ke minuman mabuk tu? Kalau untuk medikal aku boleh la terima..hmmm

Import-Eksport juga terjejas kesan daripada sekatan dalam dan luar negara. Shipment juga berkurang berbanding dahulu. Sudah tentulah menjejaskan peniagaan kecil, sederhana dan besar.

Apa yang penting dan perlu sekarang ialah survival. Lebih baik duit masuk (walaupun sedikit), daripada kebuluran dan keruntuhan ekonomi. Tambahan pula defensif negara juga penting pada ketika ini.

Puasa yang mendebarkan… ad dukhan dan kiamat 1441H?

Pada saat pintu masjid dan surau dikunci, tiada sembahyang berjemaah di dirikan dan ada tempat yang langsung tiada azan berkumandang… tiba-tiba ramadhan menjelang tiba. Belek-belek kelendar, nampaknya pertengahan ramadan (15hb) jatuh pada hari Jumaat bersamaan 8 Mei 2020.. peluh jantan mula membasahi dahi.

Kemunculan Dukhan merupakan petanda besar bagi hari Kiamat berdalilkan hadis sahih daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari RA

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉูŽ ู„ูŽู†ู’ ุชูŽู‚ููˆู…ูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽุฑูŽูˆู’ู†ูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ูŽุง ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุขูŠูŽุงุชู โ€“ ููŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ โ€“ ุงู„ุฏู‘ูุฎูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ูŽุŒ ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูŽุงุจู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุทูู„ููˆุนูŽ ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ู…ูู†ู’ ู…ูŽุบู’ุฑูุจูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู†ูุฒููˆู„ูŽ ุนููŠุณูŽู‰ ุงุจู’ู†ู ู…ูŽุฑู’ูŠูŽู…ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ูˆูŽูŠูŽุฃูŽุฌููˆุฌูŽ ูˆูŽู…ูŽุฃู’ุฌููˆุฌูŽุŒ ูˆูŽุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ุฎูุณููˆูู: ุฎูŽุณู’ููŒ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุฑูู‚ูุŒ ูˆูŽุฎูŽุณู’ููŒ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจูุŒ ูˆูŽุฎูŽุณู’ููŒ ุจูุฌูŽุฒููŠุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุนูŽุฑูŽุจูุŒ ูˆูŽุขุฎูุฑู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู†ูŽุงุฑูŒ ุชูŽุฎู’ุฑูุฌู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ูุŒ ุชูŽุทู’ุฑูุฏู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุญู’ุดูŽุฑูู‡ูู…ู’. (ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู… ูˆุงู„ุชุฑู…ุฐูŠุŒ ูˆุฃุจูˆ ุฏุงูˆุฏ ูˆุงุจู† ู…ุงุฌู‡)

Maksudnya :

โ€œSesungguhnya hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sebelumnya sepuluh tanda besar, iaitu Dukhan (asap), Dajjal, ad-Dabbah (seekor haiwan yang keluar drpd bumi), terbit matahari dari Barat, tanah tenggelam di Timur, turunnya โ€˜Isa bin Maryam AS, Yaโ€™juj dan Maโ€™juj, tiga kejadian tanah tenggelam; tanah tenggelam di Timur, tanah tenggelam di Barat dan tanah tenggelam di semenanjung Arab. Akhir sekali ialah api yang keluar dari sebelah Yaman yang akan menghalau umat manusia ke tempat perhimpunan merekaโ€.

(HR Muslim, al-Tirmizi, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Dari sini , kita umat islam sedia maklum bahawa Dukhan adalah antara 10 tanda besar sebelum hari khiamat dan munculnya Dukhan (asap) di akhir zaman.

Alhamdulillah, nampaknya bukan tiba masanya lagi.. saat aku menulis ni pun dah 4 Syawal 1441H. Syukur!

Wujud rasa tak senang, tak selesa dan kaget sebab kebiasaannya pada bulan ramadhan ini, kita biasa dekatkan diri ke masjid untuk beribadat terutamanya sembahyang terawih. Nampaknya kali ni semua terpaksa dilakukan sendiri dirumah masing-masing.

Puasa kali ni sangat berbeza, baazar ramadhan pun takde. Tak boleh la nak cuci mata dan boros-boros beli makanan..ehh

Hari raya syawal 2020

Kerajaan memutuskan bahawa tiada rentas negeri dibenarkan dan ziarah hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja itupun jumlah manusia pada waktu itu tidak melebihi 20 orang sahaja.

Hari raya pertama tu sendiri aku dah nampak ramai orang langgar arahan bah kan raya ke-2 dan ke-3 pun masih ada yang buat aktiviti ziarah. Hmmm.. degil la mangkuk ayun ni.

Minggu raya ini juga kita dikejutkan dengan statistik yang menaik dan kembali kepada 3 angka. Walaupun goverment duk cakap jgn risau sebab angkat yang tinggi itu adalah bukan warga negara, sebab kita tahu waktu mereka tidak berada / di tempatkan di depot tahanan..mereka dah ke-sana-ke-sini di mereta tempat. So kemungkinan besar ada pembawa virus senyap antara kita.

Kesimpulan

So, itu je aku boleh cover kali ni. Maybe aku dah tepu tak sure nak isi apa. Next time aku cuba untuk menulis dengan lebih baik.

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?
IndieWeb Interactions

Below you can find the interactions that this page has had using Indieweb. Which means, you can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

((Do you use a website that do not set up with WebMention capabilities? You can use Comment Parade.)