Bismillahirahmanirahim..

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Engkau ampunilah dosa-doa kami

Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami

Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi

Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah

Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah

Lindungilah kami Selamatkanlah kami Sejahterakanlah hidup kami”

Itu lah doa yang di bacakan oleh perdana menteri ke-9 kita. Sebak rasanya..

terima kasih Allah sebab pada waktu ini, kami mempunyai Perdana Menteri yang mampu membacakan doa untuk rakyatnya (Hmm, maybe ex-PM lain pun ada baca waktu mentadbir secara rahsia tapi apa aku nak sampaikan, ini lah kali pertama yang terbuka dan menyentuh hati rakyat).

Sebelum aku menulis lebih dalam apa langkah yang kerajaan buat, aku nak catatkan apa itu corona virus….. :sleepy:

Virus dan bakteria

Sebelum aku terangkan apa-apa, lebih baik aku cerita apa beza virus dan bakteria dulu (penafian: Aku bukan pakar, cuma ni maklumat am yang aku tahu).

Virus dan bakteria adalah microorganisma. Tak boleh nampak dengan mata kasar, bukan sebab dia ghaib macam bunian (jin), syaitan etc tapi sebab saiz dia kecil. Pakai mikroskop biasa pun tak nampak, kene pakai mikroskop eletron baru boleh nampak (kalu kaya, boleh la beli.. mcm best je)

dua menda kena ingat dalam kepala,

  1. bakteria ada bahaya dan ada yang bagus untuk manusia
  2. Virus semua bahaya untuk manusia!

Aku ada lagi sikit ilmu asas bab micro-organisma ni, tapi info kat atas dah mencukupi. Bukan apa, sebab ada je mangkuk ayun cakap virus adalah hantu, boleh tengok pakai air jampi dalam mangkuk. Haha.. dasar mangkuk betul. Banyak dah cerita bodoh-bodoh pasal orang yang macamni, nanti la ada free aku catat… kah kah :laughing:

Corona virus / Wuhan Virus / Covid-19 / Qif-19 ?

Corona virus google 31/3/2020 Google (31/3/2020)- Covid-19

Gambar kat atas tu ialah screenshot / cakupan screen (kelakar gak term Melayu ni) daripada enjin carian Google pada hari ini. Tengoklah rekod dunia tu sebanyak 37,698 kematian telah dicatatkan dan 784,716 orang telah disahkan jangkitan virus covid-19 ni :worried:

Rekod awal jangkitan ni bermula daripada negara China (yang ni comfirmed) dan di syaki bermula dari Pasar Makanan Laut Huanan di bandar Wuhan (banyak gila konspirasi, tapi rekod awal jangkitan adalah daripada sini). Pada awal januari 2019 ada gejala pneumonia melibatkan masyarakat setempat di situ.

Ok.. pause jap. Ada 2 kemungkinan besar:

  1. Virus ini adalah buatan manusia yang tersebar
  2. Virus ini adalah semula jadi

Apa-apa pun kemungkinan di atas tu, kita tolak tepi sebab dah ada agensi yang buat siasatan hal ni. Cuma aku nak sambung sikit, jangkitan awal sebenarnya telah berjaya di kesan oleh seorang doktor bernama Dr Li Wenliang, 34 (beliau adalah pakar Ophthalmology (mata) di hospital Wuhan).

beliau ni kaki wechat.. so lepas dia yakin virus ni sangat bahaya kepada manusia, dia inform kepada ahli keluarga dia guna wechat (sebagai amaran). Ada ahli keluarga dia screenshot dan viral kan hal ni. Kecoh dah awal-awal, tapi kera-kerajaan China menafikan dan tangkap Dr Li dan 7 orang yang lain (siapa 7 orang tu..aku tak dapat info). Mereka didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai coronavirus. (serius aku nak tahu sape yang dicide maklumat tu palsu, Maybe Dr Li nk guna proper way untuk infom tapi kajian dan pengesahan akan makan masa,so dia amaran jelah dulu supaya berhati-hati.. then lom sempat pape, dia dah kene tangkap)

Lama-lama keadaan jadi teruk dan China menutup pasar tu pada 1 hb Januari 2020 dan mengesahkan (maybe ayat yang sesuai ialah mengenal pasti) virus baharu yang dikenali sebagai Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV). Ya, itulah asal nama dia, WHO plak kasi codename “Covid-2019”. Ada orang panggil Wuhan virus je. Nama Qif-19 plak, rakyat Malaysia yang buta arab yang kasi nama, sebab Qif bermaksud berhenti dan Corona bermaksud berterusan.. so sebab panik dengan nama-nama tu, tersebarlah nama baru iaitu Qif-19. Hmmm…ikot mung la…

selang berapa hari selepas pasar makanan laut Huannan,Wuhan tu ditutup.. coronavirus menular dan dikesan di Thailand sebanyak 42 kes (kes luar negara China yang pertama). :shit:

Dalam ingatan ku cuma ada 2 maklumat pasal Covid-19 di Thailand iaitu first patient yang mati tu pada awalnya masuk hospital sebab disyaki deman denggi dan kemudian di kenal pasti positif coronavirus dan mati sebab kegagalan organ dalaman dan info first patient yang dikesan (patient zero) ialah Amoi cina umur 61 tahun (asal Wuhan, tapi claimed tak pernah pergi pasar Huannan) yang datang melancong ke siam pada 8 Januari (untuk rekod, pada 5 januari dia dah deman, sakit tekak dan sakit kepala tapi still nak jugak melancong ke Thailand).

Walaupun Thailand sangat dekat dengan Malaysia namun takde plak aku dapat info kes coronavirus terawal di negara kita bermula dari Kelantan, Kedah atau Perlis.

Root cause penyebaran wabak ni adalah berpunca daripada rakyat China yang bertebaran diseluruh dunia termasuk Malaysia, kebetulan pulak tahun baru cina berlangsung dan orang yang keluar masuk Malaysia sama ada melencong… eh melancong atau urusan rasmi.

Outbreak Malaysia

Kes awal yang direkod adalah daripada pelencong eh.. pelancong dari China. Ini merujuk kepada kes 1 hingga 8. Kes awal ni lah yang menteri-menteri sambil lewa. Sebab? Patient ni discas dan pulang ke negara asal. Tak tahu apa status mereka sekarang.. betul-betul negetif (sembuh) atau false-negatif. Maaf la aku bukan nak pertikai, just aku concern juga mana-mana yang dari cluster pertama ni. Sebab kit pengesahan dan cara pengesahan masih lagi longgar. Sekarang ni aku nampak kit-kit ni dah ada jual kat shopee. Aku harap jangan la korang beli sebab 50%-50% je tu. Kalau ada simtom, pergi je hospital.

Tak lupa juga orang Itali yang di kesan positif covid-19 seperti kes-25. Persoalannya, mana dia dapat virus tu? Kita sedia maklum, negara dia makin teruk sejak sebulan lepas (ketika aku tulis ni, rank no #1 dah di pegang oleh US, Itali no #2 dan China no #3). Traveller dari jepun mcm kes-24 tu plak dia travel Jepun-Indonesia-Malaysia, sebab minah ni masuk wad, orang local pun terkene (kes-29), sekarang yang local tu masih kt Hospital Sungai Buloh, Selangor tapi minah Jepun kes-24 ni dah discas. Kemana dia pergi pun entah..

Nak best sikit boleh follow kes-242, dia ni menteri besar Sarikei parti DAP. Siap tersebar berita khabar angin kematian dia.. haha. Nasib baik tak satu kabinet kene sapu dengan wabak ni (kalau dia jadi carrier). Punca dia kene jangkitan pun takde di dedahkan.

Kaum india dah ada kes belum? Aku tak pasti. Kadang-kadang aku malas nak follow up cases tapi Kaum Melayu paling tertinggi dah sekarang. Di syaki punca daripada cluster tabligh.

Bagi pendapat aku yang kurus dan kudus ni, aku rasa tak berapa best asyik sebut tabligh-tabligh-tabligh… Tapi apa boleh buat. Tak dinafikan, ijtimak tabligh adalah salah satu sebab penyebaran virus. Bukan majlis tu yang sebar kan penyakit tapi mereka yang hadir tu TER-sebar antara satu sama lain. Patient zero dah di kenal pasti oleh netizen, boleh follow kes-136. Katanya dia belajar dan freelancer kat koya eh..korea. Dia balik Malaysia pada 22hb Februari tapi dia tak self-quarantine! KKM dah pesan time tu..suh self quarantine. Selepas 5 hari balik dari Korea, dia pi join Ijtima tabligh kat Masjid jamek sri petaling tu. Pastu mamat ni dah deman pada 3 March dan still gi oversea pada 4hb lagi..Akhirnya pada tarikh 11 Mac, pemuda berusia 26 tahun ni dikesan positif dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Seremban..hadoi

Kes cluster tabligh ni kecoh sikit sebab yang join tu ada daripada luar negara juga. Nak jadikan cerita, rakyat Brunei ditahan kat airport kerana positif dan dia kata dia pergi Malaysia sertai Ijtima Tabligh tu. Heran nya, macamna mamat kes-136 boleh terlepas filteration scanner suhu kat airport masa pergi dan balik oversea? Apa citer ni beb? Dia ni kira bijak la sebab study kat koya tapi.. sayang, kau ambil ringan je pesanan KKM dan WHO.

Dari sini lah berlaku OUTBREAK dan cluster gelombang kedua jangkitan…

1st wave - balik melancong & pelancong (kes 26) 2nd wave - ijtimak tabligh (kes 136)

Dua-dua gelombang ni masih belum tamat. Harap semua orang boleh bagi kerjasama. Hopefully everything gonna be safe soon :persevere:

Kegagalan kera-kerajaan (Pakatan harapan) gagal bertindak awal dan penguatkuasaan yang lemah

Rakyat sedia maklum, ekonomi di Malaysia kurang baik sejak kerajaan pakatan harapan mengambil alih. Aku bukan nak politik sangat tapi Aku kecewa dengan statement menteri-menteri yang ambil ringan dalam hal ni.

Aku kecualikan Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan ketika itu) daripada kenyataan di atas namun aku bukan salah seorang yang sanjung dia as hero sebab kalau dia serious. dia patut sedarkan perdana menteri dan menteri lain tentang bahaya nya jangkitan virus ini. Kita pun dapat lihat gelombang kedua adalah sebab tiada amaran di keluarkan oleh kerajaan pada waktu itu.

Sayang sejuta kali sayang, Mahathir (ex-PM 8 dan PM interim) dan Wan Azizah (ex-timbalan PM-8) yang berada di atas tak sedar langsung kebimbangan rakyat. Pada awal wabak dikesan, rakyat yang peka dah pun menggesa kerajaan untuk membatalkan kemudahan tanpa visa, visa semasa ketibaan (VOA), e-visa dan visa manual. kemasukan rakyat China dan menghalang rakyat Malaysia ke negara yang dilanda wabak coronavirus (contoh: Korea yang berada ranking ke-2 tertinggi ketika itu).

Bahkan, diorang keluarkan statement bodoh-bodoh je..hmmm :disappointed:

“Kerajaan kini mengambil kira pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu belum sampai tahap untuk menyekat kedatangan pelancong dari China” - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ahad, 26 Januari 2020)

Waktu statement atas dikeluarkan , kita dah ada 4 kes positif jangkitan covid-19. Sebab apa aku cakap bodoh, kerana terlalu bergantung dengan WHO yang pasti nya bias sebab kebodohan Trump (nak aku ulas sini gak ke? Klu korang peka mesti tahu maksud aku). Sebab kerana US dan EUROPE belom ada kes serius, WHO pun ambil lewa untuk declare pandemic covid-19.

Berita pun tulis “tiada keperluan hantar pulang rakyat China di Malaysia”, tak ke panas hati membaca tajuk macamtu… :angry:

Sekatan perjalanan yang Malaysia buat ketika itu pula ialah sebahagian wilayah je, seperti Hubei , Wuhan, Zhejiang dan Jiangsu.

Kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV. Tiada rancangan halang kemasukan rakyat China buat masa ini - Tun Dr Mahathir Mohamad (Sabtu, 25 Januari 2020)

Ini pula statement pakcik M sehari sebelom kenyataan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah. Time ni Pak Cik M sibuk sambut tahun baru cina.. gong xi fat choi. Argh.. boleh diorg rileks-rileks ek? Kang bagus kalau serius dan ambil langkah awal. Takkan la diorg tak alert dengan negara-negara yang dah teruk kene wabak ketika itu.

Sedih dan mengecewakan.. banyak lagi statement bodoh dari menteri lain tapi aku quote dua orang yang teratas ni sebab bawahan dia ialah reflek daripada diorg juga yang mengangap koronavirus di Malaysia belum kritikal .

Kau dah baca kan apa aku tulis tadi? Maka bila si bodoh ni buat acuh tak acuh, maka penguatkuasaan pun automatik jadi lemah.

Kita dapat tengok certain kes penularan wabak adalah sebab ketidak-jujuran si pembawa / si pesakit covid-19 ni tentang rekod perjalanan. Al-maklum, ada orang suka travel diam-diam, pergi China, Korea, Itali, Siam, Indo pastu balik tak kuarantine kan diri selama 14 hari. Then buat infection sana-sini. Apa yang silap dalam kes ni?

  1. Terang lagi bersuluh, si traveller yang bodoh tu
  2. Majikan maybe tak tahu kau ke mana. kalau tahu atau hantar outstation, Jangan buat bodoh plak.. “No need to be overwhelming”. Ah butoh
  3. Kawan rakan sekerja, kalau kawan kau gi travel diam-diam (majikan tak tahu) tapi biasa members-members mesti tahu. Jadi yang nama “kawan rakan sekerja” ni tahu tak cerita ttg koronavirus ni?
  4. Keluarga, mak ayah..laki bini.. boypren girl friend.. Korang ada pesan tak kat anak / orang tua / pasangan / kekasih korang tentang risk tak kuarantine? Atau korang pun tak amik port?

Keseluruhan 4 list atas tadi maybe kita boleh baiki keadaan jika rakyat sedar risiko jangkitan covid-19 ni. Sayangnya kerajaan tidak berikan penekanan langsung! Tapi macam aku list-out tadi, bukan salah kerajaan je. Korang yang terdekat pun salah!

Aku pun ada lah 2-3 member travel sana-sini. Pergi negara yang dilanda wabak ni, diorg ada kuarantine. Tapi kuarantine tak pergi kerja. Still lepak dengan keluarga dan member. Sedih sebab diorang rasa ni birokrasi tempat kerja dan “pelepasan” untuk buat kerja dari rumah. Ada yang siap pergi majlis kenduri-kendara family dan kawan pula tu. Aku nak sound kan kecik hati, pastu kes waktu tu takde sebesar sekarang, tapi aku still jalankan tanggungjawab aku untuk tegur mereka ni. Seram, seram! Meremang bulu roma. Kau teringin nak jangkit kan kawan / keluarga kau? Allahuakhbar…

namun ini bukan masa untuk menunding kesalahan. Sebab, buang masa. Pendek cerita, Kita fokus jelah kat masalah covid-19 ni dulu. OKEY?! :broken_heart:

Perintah kawalan pergerakan

Aku ingat nak sambung tulis lagi. Tapi aku rasa elok aku tulis berasingan pasal PKP ni dan aku dah penat menaip ni. so nanti aku buat post baru lah ye.. tunggu yerr :mask:

Edit