πŸ“’ Actions Speak Louder Than Words!

PM interim, PM-8 dan PM tepi

Posted: Mar 11, 2020 | Reading time: 4 min
⚠️ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
πŸ“’ I’ve moved to a new website. Please visit me at https://journal.robbi.my !
post

Dalam beberapa minggu lepas, kita rakyat Malaysia di kejutkan dengan peletakan jawatan perdana menteri ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir. Sekaligus membuatkan parti kerajaan iaitu parti Pakatan Harapan menjadi kucar-kacir.

Rakyat sudah tahu bahawa Dr M telah membuat janji untuk “passing the baton” jawatan perdana menteri kepada Anuar Ibrahim. Bila pun entah ler, asyik pending je. Tiba-tiba Dr M letak jawatan!

Wow, panas buntut parti komponen iaitu PKR, Bersatu dan DAP. Kesian aku tengok, masing-masing macam terkilan. Yelah tengah syok-syok urus tadbir, sedut duit rakyat, acah-acah pro tetiba jadi macamni. Ibaratnya dalam kompeni, tetiba manager yang urus korang tetiba resign kerja. Ternganga la jugak tu…

Setelah Dr M menghadap DYMM, Agong perkenan untuk Dr M menjadi perdana menteri sementara atau dipanggil perdana menteri interim. Pecah rekod sejarah nih! So pada waktu ini, Dr M cakap dia banyak tak setuju dan di tentang waktu dia jadi PM-7, selang beberapa hari Dr M cakap dia nak jadi PM balik sebab dia dah dapat sokongan.

Bagi aku dan kebanyakkan masyarakat, kami dah muak dengan pakatan harapan. Ada yang menggelarkan pakatan hancing! Yelah, First time for ever Ummno tumbang dan manifesto yang di janjikan oleh pakatan harapan sangat padu. Tapi bila dah jadi kerajaan, manifesto ke laut, hutang negara bertambah. Dulu siap janji nak sumbat PM-6 Dato Sri Najib Razak ke “dalam”, sampai sekarang still kes dibicarakan dan mostly Najib nampak bersih daripada tuduhan tersebut. Dia pun siap femes, orang duk panggil “boss kur” sana-sini. Fakta dan hujah dia kasi pun makin padu dan bisa sampai tak senang duduk menteri pakatan harapan semua.

Berbalik pada cerita PM interim tadi, setelah Dr M claim dia dapat sokongan, dia cuba untuk menjadi perdana menteri semula dan membawa idealogi “tiada umno dan tiada parti lain” iaitu dia nak fully tolak sesiapa dari umno (except orang tu tukar parti) dan nak amik sesiapa je dari mana-mana parti untuk membentuk kerajaan. PAS dan Umno onviously la tolak! Sape la nak geng dengan DAP tu. Lim Guang Eng banyak rekod bermasalah dan tidak mendapat kepercayaan.

So dalam kesenduaan tu, DYMM bertindak untuk menemubual aka interview semua menteri. Aku sangat bangga ada agong yang bijaksana dan perihatin. Maka telopong lah Mahathir dan Anuar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ke-8 apabila keputusan memihak kepada Muhyiddin Yassin.

Tahniah aku ucapkan kepada Muhyiddin Yassin. Orang dah pilih dan bagi amanah tu, semoga jadi orang yang bertanggungjawab. Obviouly, dia takde bising riuh sekampung nak jadi perdana menteri. Dia pun siap kuarkan statement bagitahu yang dia tak minta pun. Compare to Mahathir dan Anuar Ibrahim, bising betul nak pegang jawatan perdana menteri.

Dalam Islam, andainya kemenangan datang tanpa dipinta dan di pilih jadi ketua tanpa di pintu maknanya Allah permudahkan urusan. Aku harap Muhyiddin Yassin tak sia-sia kan amanah ni. Secara am, background dan port folio Muhyiddin Yassin agak kurang. Tapi dia aku nampak tahu apa itu halal, haram, boleh dan tak boleh. Isteri dia pun pakai tudung. First time kot dapat PM yang isteri dia bertudung penuh. (maksud aku tak nampak leher dan rambut).

Menteri lain yang terang-terang bodoh dan bermasalah seperti Khalid Samad, Mujahil, Mat Sabu dan beberapa orang lagi tentu la mengelabah puyuh. Apa..ingat rakyat bodoh sangat ke?

Terima kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tahniah sekali lagi di ucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Paling kesian ialah Anuar Ibrahim la, netizen duk ejek dia as “PM tepi” huhu..pape pun, Mahathir lagi la kene teruk. Yelah, macam aku cakap awal-awal tadi, manifesto ke laut. Sekarang dah jadi bukan kerajaan mula sibuk nak mencadang itu-ini. Zaman dia jadi kerajaan, kau lupa plak..

Paling merisaukan ialah wabak covid-19 / coronavirus / wuhan virus yang kerajaan PM-7 buat dekkk je. Aku seriouly sangat marah bab ni. Hopefully kerajaan PM-8 ni lebih bijak dan memimpin negara ke arah lebih baik dan selamat.

Aku ada masukkan wikipedia Muhyiddin_Yassin ke dalam backwaymachine, mana tahu nak buat rujukan masa akan datang. Pape pun, itu jelah aku nak bebel. Sekian!

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?
Related Posts

Other posts you may be interested in:

IndieWeb Interactions

Below you can find the interactions that this page has had using Indieweb. Which means, you can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

((Do you use a website that do not set up with WebMention capabilities? You can use Comment Parade.)