πŸ“’ Actions Speak Louder Than Words!

Nenez9595 (bhgn 1)

Posted: Jul 3, 2021 | Reading time: 6 min
⚠️ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
πŸ“’ I’ve moved to a new website. Please visit me at https://journal.robbi.my !
post

Semalam ialah hari Jumaat dan aku terkenang dengan memori waktu aku bergelar student undergrads di UTHM dahulu. Tiba-tiba aku teringat pada seorang pensyarah gila-gila yang sangat otai dan hebat iaitu allahyarham Prof Madya Dr Hj Mohd Sazali Bin Khalid.

Dulu kebiasanya pada setiap minggu dan setiap hari Jumaat, aku dan beberapa kawan yang lain memang akan stanby untuk bertandang ke blog beliau (nenez9595.blogspot.com). Pada mula nya, mostly kami singgah atas sebab dia ada selit tips next tutorial, tugasan ataupun ujian dalam penulisan beliau tapi itu rarely berlaku pun sebenarnya.

Gaya penulisannya yang santai, bersepah, typos dan tak skema mungkin susah untuk di hadam, sebab penulisan dia memerlukan kita untuk memahami abstract dan situasi sesuatu perkara terlebih dahulu. Arwah juga kerap bercerita maksud disebalik penulisan beliau di dalam kelas. Dia kongsikan pengalaman dan pahit manis duniawi ni. Dalam masa sama dia tak lupa untuk ingatkan hari akhirat nanti dan tanggungjawab di dunia ni.

Batch kami antara yang beruntung sebab kami antara yang selalu di sebut-sebut dalam penulisan dia. Ehem..More specific dia ada mentioned kos kami iaitu BIP (Jangan tanya aku, kenapa short name bagi program Ijazah Sarjana Komputer Science [Kejuruteraan Perisian] digelar BIP, aku pun heran sampai sekarang). Kalau suruh aku teka, jawapan aku ialah maybe kami antara yang special sebab latar belakang kami yang bermacam-macam. Ada kaya, miskin, belum bijak, pandai, muda, tua, cina, india, melayu dan macam-macam lagi lah attributes. Aku tentulah mostly pegang attribute yang teruk-teruk tu, aku takdelah rapat dengan dia tapi semua nasihat yang dia duk pot-pet dalam kelas memang kena dan ngam dengan isu-isu yang aku hadap. Rasa macam kene snip head-shot juga kadang-kadang tu.

Dia ni memang sangat gila-gila, dia siap cakap dekan atau chanselor pun tak berani nak menjawab dengan dia. Wehh, aku masih ingat lagi dia conteng nota kuliah di dinding dewan G3 dan bilik kuliah di bangunan FSKTM. Kau tahu dia cakap apa? dia cakap;

Universiti ni kaya, mak bapak orang susah hantar anak-anak datang belajar tapi whiteboard kecik dan tak cukup. Dah tulis,lepas tu nak kena padam dan tulis yang baru balik, Kesian murid nak salin nota. Takpe saya conteng je sini, kalau dekan atau TnC cari saya, nanti saya jawab dan ajar dia.

β€” allahyarham Prof Madya Dr Hj Mohd Sazali Bin Khalid

Fuh bisa dia ni, huhu.. memang rare. Aku masuk semester baru, contengan dia semester lepas pun masih ada lagi, padu! Ada satu benda lagi yang aku tak boleh lupa ialah waktu kami second time bertemu dia pada semester ke-3 kalau tak silap. Kebetulan waktu tu bru je majlis konvokesyen dan dia cakap sesuatu yang aku tak lupa sampai sekarang;

Konvo tu majlis untuk orang pandai je ke? Diorang ni kalau pandai sangat, kenapa tak doa kan mereka yang kandas (gagal), repeat semester dan hok lain. Kan ramai bijak pandai dalam tu, doa kan lah utk mereka yang belom konvo lagi, kan orang pandai ni berkat doa dia?

β€” allahyarham Prof Madya Dr Hj Mohd Sazali Bin Khalid

Sinis dan mendalam kata-kata dia. Nak jadikan cerita, sem depan tu aku gagal dan kene repeat semester.. kah kah (gelak kat diri sendiri), tapi aku opt untuk amik latihan industri (LI) dan datang balik untuk sambung semester. Alhamdulillah, aku passed dan aku konvo bersama-sama dengan geng yang sama batch dengan aku. Nak jadi kan rezeki, kami semua konvo dalam sidang-1 (normally, most IPT dia campur kos dan buat sidang ikot CGPA. So nak jadikan cerita, menda tu tak happen). Then waktu konvo tu, aku memang tunggu bacaan doa, ya memang betul lah kata Hj Sazali. Sepatah perkataan pun tak sebut untuk doakan student yang tak berjaya untuk konvo. Walau nasib aku baik, aku truely rasa sedih dan sorry buat kenalan aku yang tak dapat konvo pada waktu yang sepatutnya. Kira-kira, ramai geng kejuruteraan kandas teruk untuk intake batch kami.

Alhamdulillah..pang-pung-pang, kami pun dah graduated, masing-masing dah berkarier, ada yang kahwin, beranak dan lain-lain lagi kehidupan alam dewasa. Pada fikiran ku, siapa lagi yang membaca blog dia? Ada ke sahabat yang singgah-singgah untuk taljid minda melalui penulisan dia? Aku tak tahu jawapan itu, apa-apa pun aku still layan baca blog dia walaupun aku dah konvo, tapi aku rasa dia macam dah kurang menulis sejak kami konvo.

Fast foward pada 14 May 2018, aku telah mendapat khabar yang beliau telah meninggal dunia akibat pecah pembuluh darah aorta di HUSM. Sedih juga, aku waktu tu kalau tak silap baru je balik dari projek di Hong Kong. Sebelum dia meninggal, ada dah khabar berita yang dia kurang sihat. So ada la macam plan nak melawat dia lepas balik projek tetapi sayang, tak sempat nak jumpa dia, Allah dah panggil dia terlebih dahulu. Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para solihin dan akan diangkat darjatnya di akhirat kelak.

Habit singgah baca blog dia memang aku susah nak buang, walaupun aku takdelah pergi jenguk dan berharap ada posting baru setiap hari Jumaat macam dlu. Ada tempo tertentu jugak la maybe dalam sebulan atau dua bulan sekali, aku akan belek post-post dia, ada berbaur sedih, misteri dan lucu teringat zaman bergelar student degree dulu beb (Ahh bodoh nya aku dulu). Banyak penulisan dia masih releven. Tapi lately aku rasa sakit hati tengok layout blog, imej, widget dan assets (js,css) yang externally loaded tu ada yang 404 dan berubah. Yelah, takde siapa yang maintain. Blog pun pakai blogspot, which is free stuff je. Nothing premium or fancy here. Silap-silap, blog ni boleh kene padam bodoh macam gitu je dek Google nanti. Nasib gak lah tak pakai wordpress.com sebab WP dah start deleting blog-blog yang tak aktif since setahun yang lepas.

Cuba bayangkan blog nenez9595.blogspot.com kene tapau atau kene padam. Mesti rasa sakit hati dan sedih kan? Waktu dia hidup dahulu pun dia ada kata yang dia menulis tu sebab dia nak orang baca, maybe ada ilmu yang bermanfaat dari pengalaman dan coretan dia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

β€” Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya

Okey..baiklah, panjang sangat aku tulis ni tapi pada perenggan ni baru aku nak cerita apa aku nak buat. Aku merancang untuk buat salinan blog nenez9595 dan letakkan di Github sebagai backup. Semalam aku dah try executed wget untuk crawl dan fetch

wget --no-clobber --convert-links -r -p -E https://nenez9595.blogspot.com

Tapi sayangnya output dia tak macam aku expect lah pulak. Semua URLs berjaya di copies tapi semua href masih pointing pada domain yang asal dan assets semua tak downloaded.

Sekarang ni aku tengah try guna httrack untuk copy balik semua. So far, so good tapi kita tengok lah hasil akhir dia nanti macamne. Internet aku pun takde power mana. Ish susah betul la.. dah tahun 2021 masih lagi internet capped dan FUD.

webhttrack

Hajat aku ialah untuk clean up post-post sedia ada, convert kan pada markdown dan masukkan ke dalam static web generator such as Hugo, Pelican atau Jekyll. Most probably aku akan pakai Hugo ni. Hopefully ada lah theme yang sesuai untuk aku guna.

Sekarang fasa cloning, aku kene setel kan part ni dlu. Andai kata webhttrack pun output dia tak cantik. Maybe aku akan write / code je scrapper sendiri guna python untuk download tajuk post, isi perut post dan tarikh pastu terus convert as markdown. Honestly aku tak prefer cara ni sebab aku akan missed gambar yang wujud dalam blog tu. Kene advance skit la, tak sure aku mampu ke mampus untuk buat scrapper macam tu.

Ini sahaja update buat masa sekarang.. kita jumpa lagi dalam bahagian ke-2!

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?
IndieWeb Interactions

Below you can find the interactions that this page has had using Indieweb. Which means, you can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

((Do you use a website that do not set up with WebMention capabilities? You can use Comment Parade.)