πŸ“’ Actions Speak Louder Than Words!

mambang.org.my - Oshirix operating system (linux)

Posted: Jun 23, 2020 | Reading time: 17 min
⚠️ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
πŸ“’ I’ve moved to a new website. Please visit me at https://journal.robbi.my !
post
tl;dr: Sistem Operasi buatan anak Malaysia

bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Ok kali ni aku nak cover-up sebuah portal dan produk yang dah hilang dari radar since 2014 (kalau tak silap) hingga kini. Penulisan ini adalah berdasarkan penglibatan aku secara tak langsung dan pengalaman bersama komuniti tersebut.

Komuniti “Mambang.org” atau “Mambang.org.my” atau lebih mudah disebut “Mambang” adalah sebuah komuniti opensource tempatan yang sangat berahsia binti misteri tapi mempunyai banyak khazanah dan produk yang bagus.

Produk apa yang bagus sangat tu? Okey, untuk pengetahuan semua, tuan admin punya portal yang hanya dikenali sebagai Oshiri telah re-master (pada permulaan nya) dan build from scratch / remix / re-spin (apa je lah kau nak panggil) sebuah sistem operasi yang diberi nama OshiriX. Ada juga rilis script dan perisian lain yang mencapai level awesome.

Ok, aku nak cerita pengenalan aku dengan mambang dulu, boleh skip kalau tak minat dan baca header seterusnya. Aku malas nak split-up cerita personal dan topik ni, sebab memang berkait rapat dengan kisah aku involve dunia IT.

Pengenalan - aku dan mambang

Waktu sekolah menengah dulu, aku agak ketagih dengan surfing (sebab aku minat membaca), plus waktu tu popular dengan web 2.0 seperti MySpace dan Friendster. Jadi internet adalah buruan aku dan cybercafe adalah tempat biasa aku lepak habiskan duit..LoL

Aku dah ada buat blog pakai blogspot, siap ada followers (zaman dlu senang, blogger kena singgah-singgah sesama sendiri utk kejar SEO). Tapi blog level ayam-ayam je, aku mentioned sini sebab nak bagithu HTML,CSS dan Javascript tu aku dah pandai baca dan ubah.

Pendek citer, aku bukan kaki game. Kalu main pun comfirm aku kena buli (no0b). Game biasa aku main pun cuma half-life, CS-Go, Serious Sam, GTA dan game arked (simulator). Daripada statement ni, kau nampak kan aku guna sistem operasi apa? Ya, aku similiar dengan sistem operasi Microsoft je iaitu Windows.

Suatu hari tu, member aku (kita panggil dia azOne) ada invite dan suggest aku lepak dengan dia. Katanya dia ada port CC (short form untuk CyberCafe) yang best dan free.. time tu memang negeri Terengganu aktif dengan sumber terbuka dan strategi celik IT melalui syarikat anak negeri dengan program pusat komuniti Bestari (Bestari.Comm) , sebab free..memang la aku tak tolak..kah kah

Port CC ni macam special sikit, sebab dibina macam kontena / bungker dan duduk sebelah pejabat pusat khidmat masyarakat dun Rantau Abang. Pengurus Bescom aka EIO (Executive Information Officer) tu nama dia Abang Syam atau lebih famous dengan nickname “Cham_aragon " memang penyokong tegar sumber terbuka, so dia built-up PCs cybercafe tersebut dengan dual boot windows XP dan linux opensuse 10 (kalau tak silap aku). Dia set linux as default dan Windows XP as second boot.

Politaik betul kan? bersebelahan je dgn pejabat DUN Rantau Abang, walhal Rantau Abang tu nun jauh sana. Kesian orang Rantau abang nk kene travel jauh-jauh nak jumpa ADUN

Kalau nak guna PC kena tulis nama (haha.. kelakor plak kalau ingat balik), guna berapa jam pun takde hal, no limit! Tapi time lunch dan habis office hour, kau kena lah blah dari situ.

Aku masih ingat, bila ON je PC tetiba kuar loading pelik. Dia suh select OS (GRUB la tu, aku tak kenal dulu) dalam masa 10 saat. Lom sempat aku buat keputusan dia terus boot-up linux gambor cicak hijau (opensuse). Aku dah heran, kenapa interface pelik ni! Alien gila.. aku click la untuk log-in dan tetiba keluar notice “sila hubungi administrator untuk menggunakan komputer” , fuh padu dah macam software Antamedia atau handyCafe yang control PC tu. Apa lagi, aku tanya la AzOne “woi, macam mana ni!?”, selambe je kawan aku tu jerit “Abang syam, tolong open PC nih” dari row belakang (kedudukan pc kitaorg). Pop, terus je unlock dan sedia untuk digunakan.

Untuk pengetahuan, aku waktu tu dah tahu sikit-sikit macamne nak by-pass software CC seperti handyCafe dan sebagainya. Plus, software DeepFreeze pun aku dah tahu cara macamana nak godam. Registry, services kat windows pun aku terer exploit. Tapi kali ni aku clueless, salah taip “keyword” terus kena block / reported (squid proxy dan dns guardian dah wujud), download kadang kadang hilang kalau reboot (tak semua location boleh save, aku syak dia custom script bash yang nih). Browser pun pelik, tak macam Firefox atau Internet Exporer, aku rasa ralat (by default akan guna aplikasi Konqueror, memang UI dia pelik sampai sekarang),. Interface pun aku tak berapa faham (Guna KDE desktop enviroment). Path location pun pelik, duk slash sana sini (linux kan banyak guna terminal dan back slash)…agrhh, tension aku pakai linux nih!

Di sebabkan aku jenis curiosity tinggi, aku pun study la menda alah ni semua. Aku mula faham la sikit-sikit. Waktu tu Ubuntu distro dah wujud, aku pun heran kenapa tak pakai Ubuntu (sebab Ubuntu user friendly). Hmmm.. pelik kan? Kau rasa kenapa? Kat bawah aku ada citer. Sila baca hehe..

Dari sekolah menengah sampai diploma, aku still hangout tempat sama bila aku balik kampung. Tambahan pula rumah aku takde internet. Harga beruk-band (broadband 3g) time tu macam harga yahudi tel-aviv. Cuma beza dia aku dah ada laptop sendiri, brand HP model CQ40 (Compaq Presario CQ40), beli pakai duit loan PTPTN sebab aku amik bidang IT dah waktu tu, so komputer memang keperluan. Laptop ni aku beli pun, aku tiru kawan aku (takde ilmu beli gadjet). Ok sambung cerita, kadang-kadang aku mintak kebenaran dengan Abang Syam tu direct connect internet pakai kable kat laptop aku. Alasan biasa “for research purposes”. Dia Okey je, maybe dah rapat kot.

Nak jadikan citer, suatu hari tu laptop aku (lupa nak cakap, aku guna windows je) asyik BSOD (blue screen of death).. stress aku, nak tengok anime dan movie tak boleh..eh silap nak wat assignment dan projek tak boleh πŸ€ͺ

Aku mintak tolong Cham_aragon tengok-tengok kan, kasi santau apa yang patut sebab dia pun part-time amik job repair laptop. Kata dia “RAM kau problem ni”, waktu tu RAM 4GB DDR2-667MHz harga yahudi tel-aviv, aku pun sengket sebab takde wat partime pape (padam muka aku, time cuti semeter asyik lepak je).

So dia cadangkan dual-boot dengan linux, kata dia linux ni power untuk filter bit-bits RAM aku yang kiok tu (dia borak kat aku sambil buat Memtest). Aku tanya la, “nak sumbat Ubuntu ke?” , fuh kena sound aku dengan otai opensource lepas aku tanya tu.. haha, sebab Ubuntu ni penyokong besor LGBT dan buatkan dunia opensource kucar-kacir seluruh dunia time tu (untuk info, geng LGBT ni tak femes dan tak banyak dapat sokongan pun dulu, tak sama mcam sekarang, ish ish..korang la punca, sebab support Ubuntu haha). Kat situ la bermula kisah LGBT Ubuntu-gay.

Geng-geng LoCo Ubuntu Malaysia jangan marah ye..hihi.. kebenaran kok..hehe ok sambung cerita semula sebelum tersimpang jauh.

Abang Syam kebetulan ada salinan CD distro Oshirix (maaf aku tak ingat version yang mana, nanti la aku update balik sini, yang pasti based on Kanotix). Dia kasi CD tu dan suruh aku buat sendiri dual boot sebab dia busy (ceh, padahal malas nak layan budak no0b macam aku)

Nasib baik menjadi aku partition semua tu, ya memang betul la cakap dia. Alhamdulillah masih boleh guna laptop aku tu. Disini lah titik permulaan aku serious explore linux dan sumber terbuka. Aku mula kenal dan tahu macam mana nak cari dan install package daripada repo dan setup itu-ini. This is my starting point getting serious with OSS (Opensource software). Aku mula lepak dengan geng mambang, lepak virtual kat IRC dan forum. Mula gatai tangan cuba-cuba PoC daripada milw0rm / exploit-db etc.

To be honest, aku benci layout discussion forum kat portal mambang tu sebab guna Xoops CMS mix-up dengan WP dan NewBB. kat channel IRC pula tempat banyak diorg share ilmu, tapi aku selalu missed sebab tak sentiasa online. Gov pun block certain ports IRC. Aku mana tahu ZNC atau psyBNC network bouncer lagi waktu tu. Newbie kubis kan.. Dulu diorg guna server /DALNET then berpindah ke /FreeNODE #mambang

Tagline mambang ialah “Don’t Be Pussy, Dies Out curiosity” (sayang betul takde backup gambor header banner). Tak silap aku, Fakyutuyu yang design banner dia. Geng dengan diaorg ni best, sebab dia tak spoonfed dan tak lokek ilmu. Cuma satu jelah, satu perkara benda misteri……. sape admin aka Oshiri tu sebenarnya?? Entah la bro..

Btw aku pernah shout (chatbox), mentioned “dont be sepi, dies out kari” …masin jari aku (sebab aku taip pakai jari). Akhirnya komuniti ni jadi sepi..hmmm sedih

Pengenalan - Portal Mambang dan asal-usul

Setakat yang aku tahu, portal mambang ni dibuka oleh Oshiri dan kawan-kawan sebab diorang gaduh dengan geng BSD (ye dlu, BSD ramai geng,Sekarang kurang dah rasanya), gaduh antara fans-linux sendiri iaitu RPM dan DEB based, gaduh dengan moderator, cari pasal dengan orang kuat MIMOS. Macam berlaku clash of interest gitu la. macam-macam, tapi aku tak nampak geng mambang ni salah. Sebab diorang share ilmu, then datang plak manusia sombong pergi perli-perli. Tak syok la sayang.

Geng ni semua mostly guna portal PDC (PuteraDotCom / putera.com) untuk bersembang dan berdebat. Tapi sebab diorg malas nak cari masalah, so di bikin la portal sendiri iaitu Mambang iaitu nama komuniti entah mana diorang dapat. Klu minat baca cerita dari syumul boleh refer sini

Ada juga cerita pasal Shanai (admin putera.com) mintak RM 1 (aku ada arkib web bekap diorang kat sini). Sesiapa yang nak share ilmu atau mengajar kat webforum diorg. Ish ada ke patut. Gila ke apa. Pastu cakap nak kasi honorium. Klu nak kasi, kasi je honorium. Takyah la charges atas usaha orang kongsi ilmu. Apa ke pelik.. Aku datang ngajor, bagi talk dunia nyata ni pun takde perlu bayor. Honorium pun mostly aku tolak sebab niat aku nak berkongsi ilmu.

Putera forum pun pernah kiok (katanya kena attack, yeke), pastu muncul balik but then nasib sama “sepi jadi kari”. Hmm, ni la masalah, kalau kau buat web forum komuniti.. strongest assets ialah KOMUNITI iaitu geng-geng ni semua. Forum kau pun untuk perkongsian. Sorang demi sorang tarik diri, tambah pulak admin jarang aktif. Hmmm.. korang yang baca ni, amik iktibar ya. Kalau nak syok sendiri, buat blog macam aku je. kah kah~

Tapi aku notis yang Oshiri mentioned dia sama umur dengan Shanai (mirror link), dah tua katanya. so maybe Oshiri dah tua dan dah kembali ke alam seterusnya. Peminat dan student oshiri ni ramai, tengok la vote lantik moderator, tak nak pegang jawatan pun boleh menang beb. Fight dengan Sharuzzaman dan arwah Terunasuci tuu..otai semua. Ok, sambung cerita asal semula..

Domain pertama bertapak pakai freehost dan domain iaitu mambang.90megs.com , pastu mambang.org, then kiok dalam setahun dua..hilang dari radar tapi masih wujud kat IRC. Tak lama kemudian, muncul balik dengan domain baru iaitu mambang.org.my pastu mati, hidup, mati, hidup dan mati terus sampai sekarang. Hosting juga support daripada ahli komuniti, yang aku ingat dari company nama Ganux, sebuah syarikat Terengganu technopreneur hakmilik bumiputera company dan based in Terengganu.

Ni cerita setakat apa aku tahu, sori kalau melalut sebab dulu aku suka main cedok je info dan kebetulan juga aku copy benda best letak kat blog aku iaitu “OshiriX Journal”, aku buat blog tu sebab aku kena buat assignment pasal OS linux dlu. Haha.. so sebab mambang ni berahsia sangat, aku jadikan blog tu sebagai main source (cerita dalam assignment aku, sebenarnya tak pun). Plus, dari awal aku dah mentioned blog tu bukan official. Al maklum, aku budak belum mumayyiz waktu tu.

Forum ni ada penunggu setia seperti aku, oshiri, leadtime, ciku, cham_aragon, blank, mumtazah, siput, simulator, c0re9, jenal, yny, badrbaharuddin, danny, wave125, b1naryc0de, nix, LowKey, wanex, Hardyweb aka Adi aka psychoX, wariola, Maui, FryShadow, ayoi, ak47suk1, enn0suke, syumul, enno, lon3star,tuah, ganux, padli, lanun jalanan, Alvarez, mixk, Khaidir, kred, dvd, scorps, MakLan, Naim hotfloppy, anakin skywalker, Ennosuke Ajibana, han9tuah dan lain-lain (manalah aku ingat semua!).

Aku minat wifi hacking, zaman tu backtrack mmg feveret aku.Tambahan pula mostly router TM memang configure Wired Equivalent Privacy (WEP) encryption je. Memang aircrack-ng la makanan nya. Kegilaan chipset Alfa tu tok sah citer la.

Mambang ni plak, melayan je. Tapi dia mmg pesan la awal-awal Main untuk belajar je, jangan wat jahat plak. Sempat la aku main bermacam script seperti Wifite, coWPAtty, airolib-ng, Genpmk dan banyak lagi.

Tu je sikit-sebanyak introduction. Nanti aku sambung cerita pasal produk dan resepi komuniti ni serta dengan screenshot (buat kenang-kenangan) Aku akan terus sambung cerita pasal oshirix plak lepas ni.

Apa itu OshiriX ?

OshiriX adalah satu label atau nama sebuah distro hasil penat titik peluh tuan Oshiri (Jangan tanya aku kenapa nama Oshiri (sebab dalam bahasa Jepun, maksud dia punggung, bontot, ass!). Sape yang Weeaboo dan tahu Jepun mesti gelak ni. Daripada nama nickname tu, dia tambah X je kat belakang.

Tak silap aku, OshiriX ni yang pertama rilis dan yang mula-mula / pertama sekali orang Malaysia buat re-master, then perlahan-perlahan OshiriX dah berubah daripada teknik re-master kepada teknik build from scratch / remix / re-spin (lantak kau la nak panggil apa)

Pada waktu aku join tu OshiriX dah wujud dan stabil. Masa tu pun dah wujud pesaing generasi ke-2 seperti EmbunOS, MaggoT, KetupatLinux (Yang ni kontroversi, sebab pengasas dia terlibat dengan ajaran sesat) dan No GUI-X. Kalau SimpleLinux dan My1OS (projek tender under Najib Razak) tu ibarat cucu la, dah generasi ke-3, lebih modern dan sleek. Generasi ke-4 pun dah ada iaitu Otaku OS (ralat: dari Indonesia rupanya) , Myrinix OS, TrianceOS (claim as BSD, tapi last aku check zaman dulu, ia sebenarnya OpenSUSE, pastu baru la jadi BSD. Siap submit kat DistroWatch), Narloo Ribbon OS dan IllumeOS (siap publish kat linux.com)… hah ni dah ibarat cicit dah, klu ada yang lain tu, aku dah tak tahu dan tak follow up. Tapi still tak boleh lawan mature Oshirix dari segi supports, kernel, patch, desktop enviroment,repos, software dan lain-lain.

Projek ni bermula pada tahun 2004 dengan kacukan Kanotik dan Debian distribution. Kemudian released pakai nama “Mini Oshirix LiveCD”. Oshirix is done but will never be perfect. It was built as a project for members of mambang community. Loaded dengan kernel 2.6.11 and Fluxbox desktop.

Kemudian rilis plak versi terbaru dengan LXDE, KDE, XFCE, Gnome, FVWM CRYSTAL, E17, FLUXBOX, Nx-CLIENT ICEWM, Enlightenment dan KIOSK mode. Setiap rilis kadang-kala ada tambah something kat belakang seperti Oshirix-XFE, Oshirix-SPE.

Tapi aku masih ingat, SPE tu special sikit sebab released waktu bulan Merdeka tahun 2005. Aku ingat lagi ayat ni “This version of livecd is considered as “special edition” because it was released in conjuction with Malaysia’s Merdeka day 2005.” ..peh padu dan syahdu.

Aku tak sure ada berapa rilis, tapi Oshiri biasa guna testing debian as main source. So sempat la aku merasa bugs SID, ETCH, LENNY. Kata Oshiri, dia amik source asal dan built from scratch dan barulah customize (kau faham tak aku bagithu apa ni?).

Pada tahun 2007, kernel custom semakin canggih dan mantap. Dah mula pekenalkan CFS (Complete Fair Scheduler) kat Kernel linux-2.6.22.1-oshirix-transformer.

Tak lama lepas tu dia buat plak Kernel linux-2.6.23.1-oshirix-tomoyo, di kacuk dengan janda muda Jepun yang handal dan pakar dengan modul security. Tomoyo is acronym for Task Oriented Management Obviates Your Onusis using Domain-Based Mandatory Access Control, it is more realable and fast than other linux security modules (Saje speaking skit, bagi korang tahu level Oshirix ni lagu mana). Korang boleh refer http://tomoyo.sourceforge.jp/ untuk maklumat lanjut.

Kemudian rilis plak Kernel linux-2.6.26-oshirix-wanted, kali ni guna BFQ (Budget Fair Queueing) sebagai default disk scheduler membuatkan output menjadi lebih cekap dan handal. Nak tahu pasal BFQ boleh refer http://algo.ing.unimo.it/people/paolo/disk_sched/. Kernel yang sama juga dah mula support EEEpc. Aufs menggantikan unionfs, compressed read only filesystem yang digunakan oleh kebanyakan developer livecd dengan squashfs.Paling syok, madwifi dah patched sekali dengan kernel (senang la nak guna Aircrack)

Masuk tahun 2009, Oshirix bukan lagi liveCD tapi bertukar menjadi liveDVD. Dulu saiz cuma 248.4 MB sekarang dah 1.4GB. Saiz DVD pun besor (4GB) so ada banyak space nak addons software next time.

Waktu ni, fail ISO tak boleh dah taruk kat server, so dah mula guna torrent dan kemudianya guna shipit DVD (pastu ada gak orang pergi letak kat burnbit). LinuxMalaya dan Amanz.my ada buat review waktu ni, boleh baca kat sini

Pastu tahun 2010 adalah Oshirix yang agak famous antara semua, iaitu Oshirix SPE 2010, dapat cover-up yang lebih meluas dan besar. Boleh baca review dari bedaksejuk, lnux dan juga beberapa forum yang lain. Korang search je kat Google. Insyallah jumpa.

Last not least, oshirix squeeze adalah rilis terakhir sentuhan Mr Oshiri. Takde ISO tak silap aku, kau kena download delta patch dan patch-kan dengan Oshirix SPE 2010 ISO dia masih wujud dan boleh download dari server kandang kambing. Rilis kali ni lagi famous, si Adi siap buat manual. Boleh baca kat scridb.com. Ada la beberapa orang buat review seperti MelayUbuntu, lnux

Oshirix Squeeze guna kernel 2.6.33.1, pastu ada la tambah software islamik seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob. Filesystem ext4 mula diperkenalkan mengantikan EXT3. KMS (kernel mode setting) juga dah set default, so menyelesaikan masalah graphic untuk pengguna GPU intel, radeon dan nvidia. DE pun pakai SLIM, bukan lagi GDM.

Rindu beb nak tengok booting text dalam bahasa Melayu macamnih. Kat OshiriX je ada..

Papepun, semua tu tinggal kenangan. Aku pun malas nak korek lebih-lebih, bab kata member OSDC.my kat mailing list (tengah discuss pasal FiMOS / MY1OS langgar lesen sumber terbuka, terselit plak pasal oshiri yang anonymous):

The developer wanted to remain anonymous, which we all should respect his decision, coz his intention, is only to share what he made with the public, and not asking for fame – Garfield WTF

Ni jelah catatan aku ada bab rilis Oshirix ni.Tak semua benda aku ingat dan catat. maybe ada facts aku salah, klu salah korang komen la. Aku pun manusia gak tak lari dari kesilapan (tetiba emosi plak aku nih campur teringat Adi psychoX selalu sound aku dulu sebab no0b gila)

Resepi, perisian dan script ciptaan komuniti Mambang

Bila aku sebut resepi tu, bukan nya maksud aku resepi memasak (teringat plak psychoX ajar cara hacking goreng ikan kat blog dia) tetapi tutorial yang menjadi rujukan ramai. Ada tiga port biasa tutorial ni di tulis, direct kt main page, wiki atau blog (semua module ni dah memang integrated kat XOOPS). Kalau nak aku list tutorial tu memang payah la, tapi aku pernah plan nak ceduk dan buat proper website pakai Wikipedia format, time zaman tu aku busy FYP dan lepas tu aku dah busy dengan kerjaya. Geng ni ada bekap web tu, nanti aku try mintak dan extract apa yang patut. Ilmu tu yang rare dan bermanfaat.

Jarang jumpa orang Malaysia buat perisian untuk linux ni. kalau ada pun jadi tukang package atau tuning. Berbeza dengan komuniti ni, diorang ada bikin beberapa produk (lagi sedap klu sebut bahasa mat saleh iaitu tools) sendiri seperti :

  • easysamba – gui untuk share file menggunakan samba
  • easyvsftpd – gui untuk setup vsftp server
  • easyfileserver – gui untuk share file/folder melalui internet
  • easyimageshack – gui untuk memudahkan upload image ke imageshack
  • easyqos – gui untuk qos atau bandwidth mangement client
  • easymultigateway – gui untuk setup load balancing multiple isp
  • easywebfilter – gui untuk filter web, gui untuk dansguardian, termsuk ics & dhcp
  • mailserver – tool untuk setup xmail server
  • easyhotspot – Hotspot ready (preconfigured Chillispot dan free radius)

Ada lagi list, tapi aku tak ingat. List ni pun aku copy je dari sumber komen kat LinuxMalaya. Tapi list tu semua betul, sebab aku pernah guna dan main. Wa talak tipu sama lu olang!

Kalau script pulak, yang femes boot load bahasa Melayu tu. Pastu script configuration serial/usb/irda/bt, printer, GPRS connection (sakis3g), ndis wrapper, oshirix TUI installer, rootshell, penyamun (script untuk snap gambor pencuri laptop) dan lain-lain. Yela, mana aku ingat, aku level ayam-ayam je waktu tu.

Nah, ada movie skit. Aku convert GIF file daripada Adi (dia hantar kat Amanz.my) kepada video, senang nak pause ke apa.

Kesimpulan

Secara jujur, aku menghormati keputusan Oshiri untuk kekal anonymous. Artikel ni bukan nak korek siapa dia (mana ada aku citer sini, aku sendiri pun tak tahu siapa dia). Anggap je aku ni peminat dia, bukanya pemuja (ayat budak putera.com) pun. Dia guru aku, dia ajar aku belajar linux cara paling susah. Alhamdulillah, aku boleh godek macam-macam dengan linux (tapi aku dah berpaling tadah sikit, sebab aku minat dgn RPM sekarang iaitu Fedora/Red Hat berbanding DEB pakages)

Mostly produk mambang ialah hasil solo Tuan Oshiri, kami yang lain lain ni tukang ngetest, promo dan apa-apa yang lain. Tapi kau kena faham, ini adalah komuniti. Oshiri sendiri pernah cakap kat aku, semua ni bukan dia punya tapi mambang-mambang punya.

Aku harap korang baca la dari atas sampai bawah ni, sebab kenapa bagi aku komuniti ni tiada ganti. Maafkan aku kalau ada terkasar dan tersilap dalam penulisan ni.

Tak sure, Oshiri masih hidup atau tak. Tapi aku ucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu selama ni. Tak lupa juga geng mambang yang lain yang ramah, mesra dan ada membantu atau mengajar aku secara langsung dan tidak langsung.

Apa guna ada grup jika tidak menyumbang. Jangan dikira besar kecilnya sumbangan. Bukan kita yang menilainya. Tetapi Allah tahu keikhlasan hati kita.

Bagi aku,tiada yang layak untuk menjadi penganti komuniti mambang dan oshirix lagi sampai sekarang.., buat masa ni kami masih wujud di dalam group telegram, klik sini kalau nak join, meh le atau hang pergi IRC server freenode atau libera.chat kemudian join channel ##mambang. Akhir kata terima kasih mambangs semua.

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?
IndieWeb Interactions

Below you can find the interactions that this page has had using Indieweb. Which means, you can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

((Do you use a website that do not set up with WebMention capabilities? You can use Comment Parade.)


Comments and replies

  • πŸ’¬ Robbi Nespu: Kalau minat pasal Oshirix linux boleh baca kat https://robbinespu.gitlab.io/posts/oshirix-linux-mambang-history/ πŸ™‚ Maintainer dan developer Oshirix dah hilang tanpa jejak (boleh baca dalam artikel tu). Tetapi peminat dia ada lagi dan kesan pendedahan tuan Oshiri tentang sumber terbuka tu masih wujud sampai sekarang.
  • πŸ’¬ robbinespu (@robbinespu@mstdn.social): Kalau minat pasal Oshirix linux boleh baca kat robbinespu.gitlab.io/posts/oshirix-… πŸ™‚ Maintainer dan developer Oshirix dah hilang tanpa jejak (boleh baca dalam artikel tu). Tetapi peminat dia ada lagi dan kesan pendedahan tuan Oshiri tentang sumber terbuka tu masih wujud sampai sekarang.
  • πŸ’¬ Anti Genocide: Cool, nanti aku tengok. Ni dulu dapat sokongan kerajaan?

Mentions, bookmarks, likes and repost