πŸ“’ Actions Speak Louder Than Words!

MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN PPM NEGERI JOHOR

Posted: Jan 4, 2021 | Reading time: 5 min
⚠️ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
πŸ“’ I’ve moved to a new website. Please visit me at https://journal.robbi.my !
post

Assalamualaikum wbt, rasa dah lama tak update pasal berpengakap ni kat dalam blog. Jadi saya fikir nak update sedikit lah cerita berkaitan dengan pengakap.

Pada bulan lepas saya telah menyertai kursus manikayu pengenalan, yang menariknya aktiviti ini dijalankan secara virtual iaitu secara atas talian / online.

Saya mendapat maklumat kursus ini daripada sahabat pengakap saya yang tinggal di Batu Pahat, Johor. Dia adalah kenalan Kelana Komunikasi Negeri Johor (M.10187) juga dikenali sebagai JOSRAC atau KELKOM, dia memberitahu saya ada kursus manikayu pengenalan dan meminta saya menyertainya. To be honest, saya juga ternanti-nanti kursus manikayu pengenalan ni sebab dah 2 kali saya missed sebab ada tak ngam masa.

Kebetulan pula kursus ni dijalan kan secara online, secara automatik sidang yang berjalan adalah fleksible. Cuma peserta jelah yang perlu rancang masa sendiri untuk menghabiskan sidang-sidang tersebut.

Pendaftaran

Iklan kursus mula dikesan pada 11 Disember 2020 iaitu kira-kira 3 minggu sebelum kursus akan berjalan. Pendaftaran dilakukan melalui google form yang disediakan.

Berikut adalah sedikit info:

Up: Pengerusi dan Setiausaha Latihan Daerah

PENDAFTARAN KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN SECARA ATAS TALIAN PPM NEGERI JOHOR
BAYARAN PENDAFTARAN: RM15.00
TARIKH KURSUS : 25 DISEMBER 2020 HINGGA 1 JANUARI 2021
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 20 DISEMBER 2020

Pada waktu ini, saya ada keraguan dan persoalan disebabkan tidak di nyatakan bagaimana kursus ini dijalankan. Iyelah, saya bukan nya free sepenuh masa pada tarikh tersebut. Tambah pula, iklan kursus tidak ada details.

Kebetulan saya juga menyertai group telegram pemimpin pengakap johor, jadi saya cuba bertanya tapi tiada yang response. Saya nk PM tuan Kama Azhar (Pengerusi Latihan Negeri Johor - ASC PPMNJ) directly tak lepas pula, maybe sebab setting privasi di telegram beliau di mana hanya yang ada nombor telefon sahaja boleh hantar telegram mesej kepada beliau (sebab Telegram bagitahu not-mutual contact).

Tambah teruk lagi, saya kene blocked daripada komen mesej dalam mana-mana group telegram dalam beberapa hari (kes saya tracking down scammer kutu bitcoin dan reported saya sebagai spammer? haha!), so memang nasib la saya tak dapat nk komunikasi, so saya redha je la.

Jumlah peserta lebih kurang 130 orang ahli pengakap kesemuanya dan terbahagi kepada 2 kumpulan.

Sidang-sidang

Saya di maklumkan ada 9 sidang dan sidang 1-8 adalah fleksible dan sidang 9 adalah perjumpaan. Kalau tuan-puan baca masalah saya di atas, semua dah terjawab pada waktu ni.

Tarik nafas lega juga sebab isteri dan anak saya hendak ke Terengganu untuk melawat Mok dan Aboh saya di kampung pada 24-26/12. Dalam fikiran saya sudah pasti sepanjang berada dikampung, saya akan ada isu untuk connected dengan internet, Al-maklum kampung ceruk hutan. So saya plan untuk menyelesaikan sidang-sidang tersebut apabila pulang ke rumah kembali.

Sidang 1-8 adalah berbentuk PnP, ada nota untuk dibaca dan ada soalan kuiz yang perlu dijawab:

  • SIDANG 1 - DASAR DAN TUJUAN PENGAKAP
  • SIDANG 2 - PERSETIAAN DAN UNDANGΒ² PENGAKAP
  • SIDANG 3 - DASAR KEAGAMAAN
  • SIDANG 4 - REKOD DAN DOKUMEN KUMPULAN
  • SIDANG 5 - SKIM LATIHAN MANIKAYU
  • SIDANG 6 - SEJARAH KEPENGAKAPAN
  • SIDANG 7 - PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
  • SIDANG 8 - SELAMAT DARIPADA BAHAYA

Platform

Akaun e-learning mula dicipta sehari sebelum sidang bermula. Nampaknya portal e-learning yang digunakan PPM ialah menggunakan platform Moodle.

Boleh akses secara web-based atau menggunakan apps (android dan ios pun available. Download sini). Namun lebih baik akses melalui web-based kerana saya rasa lebih optimal terutamanya untuk membaca nota dan menjawab kuiz.

Penutup

Kursus ini ditutup pada sidang yang ke-9 iaitu sidang terbuka. Sidang terbuka ini, semua peserta di minta untuk hadir dan perlu hadir 10 minit lebih awal. Perjumpaan di buat menggunakan sistem Google Meet.

Namun disebabkan jumlah yang melebihi 100 orang, peserta sahaja dah 130 orang, tambah ketua kursus dan VIP yang lain. Jemm jadi nya kerana limit pada Google Meet adalah 100 orang sahaja. Jadi sidang ke-9 dipecahkan kepada 2 kumpulan (asalnya hendak digabungkan)

Tahniah di ucapkan pada Pasukan Latihan Negara PPM atas inisiatif yang baik seperti ini. Pengakap memang sinonim dengan aktiviti secara bersemuka tapi disebabkan pandemik, aktiviti secara virtual ini adalah lebih baik untuk kita semua.

Di kesempatan ini saya memuji nota yang disediakan. Animasi, teks, susunan ayat dan persembahan memang sangat profesional.

Terima kasih kepada Ketua kursus kump 2 iaitu Tn. Rodyisnansyah Julaihi, Ketua Kursus kump 1 Tn Hj Abd Razak Bin Hj Idris kerana membimbing kami dan juga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang aktiviti kursus ini berjalan.

Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia. Semoga undang-undang ke-10 ini sentiasa jadi ingatan terpenting kepada semua ahli pengakap.

Maklumat tambahan untuk semua pembaca

Saya telah dihubungi oleh Tuan Kama Azhar (Pengerusi Latihan Negeri Johor - ASC PPMNJ) baru-baru ni, berikut adalah sedikit informasi tambahan:

  • MK Pengenalan Online (E-Training) bermula bulan 10 /2020 secara rasminya. Video perasmian pada bulan Ogos ada disini.
  • Dengan inisiatif Pasukan Latihan Negeri Johor, Tuan Kama Azhar Bin Ab Karim (ASC Latihan) menganjurkannya buat kali pertama bagi semua pemimpin dlm negeri Johor (bulan 12/2020) dengan kebenaran dari KPPNJ - Tuan Bardin Bin Uteh (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - KPPNJ)
  • Kursus ini mendapat sokongan penuh dari Pasukan Latihan Negara, PPMNJ
  • Mendapat sambutan yg amat mengalakkan dari awal sehingga tarikh tutup penyertaan (batch saya 130 org tu, ramai!)
  • Kursus yang sama (manikayu pengenalan) akan di adakan lagi pada bulan 3/2021.

Sekiranya tuan/puan berminat, boleh lah sentiasa merujuk pada ADC terdekat atau sentiasalah menjenguk Page Facebook Pengakap Johor atau layari laman blog Persekutuan Pengakap Negeri Johor untuk maklumat terkini dari masa ke semasa.

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?
IndieWeb Interactions

Below you can find the interactions that this page has had using Indieweb. Which means, you can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

((Do you use a website that do not set up with WebMention capabilities? You can use Comment Parade.)