Assalamualaikum wbt,

Asalnya aku nak tulis artikel ni dalam bahasa Inggeris (Kelakar plak bila eja English macam tu dalam bahasa Melayu), tapi aku rasa banyak dah orang duk tulis hal yang sama dalam bahasa omputih tu. So Aku buat keputusan nak tulis dalam bahasa Melayu. Tulisan mood santai-santai je nih

Kisah aku dan Wordpress

Dari tahun 2007 lagi aku dah main dengan teknologi website ni dan blogspot adalah asas aku. Situ la aku bermain dengan XML, HTML, CSS dan Javascript. Pastu aku main PHP. First CMS aku sentuh ialah PHPnuke dan variasi dia, sebab zaman tu aku aktif kat beberapa forum dan kat situ aku dapat chances untuk lenjan website (bukan zaman tu je, hatta sampai released PHPnuke sekarang still ada banyak bugs, bersepah gua cakap kat luu). Kemudian beberapa tahun lepas tu, aku dah gatal tangan nak rasa Wordpress sebab teracun dengan JustKhai (korang kenal tak?).

So bermula lah titik permulaan aku dengan cms Wordpress ni (di samping tu aku juga mula try cms yg lain, tapi tak perlu la cerita sini ek). Awal-awal aku pakai yang percuma tu je. Guna subdomain *.wordpress.com tapi function dan theme limited gila.

Berbekalkan duit pinjaman PTPTN zaman diploma tu, aku bedal beli shared hosting. So aku ada full control dan rasa awesome campur teruja nak bermain dengan cpanel waktu tu. Biasa la, noob, memang gitu dong.

Bila dah setup domain, hosting Wordpress dan dah running hampir sebulan, aku berdepan dengan masalah teknikal dan bukan teknikal…

  • PHP limit - Sebab aku pakai shared hosting so aku takleh ubah limit ni
  • CPU / RAM / Storage resources - Bila pengunjung (viewer) datang ramai-ramai tak nak beratur pastu curi (hotlinking) fail, gambar dan video, maka kaput la weh
  • Database crash - Bila main redah je pasang plugin, tukar tema, rembat nulled script dan customize Wordpress tu tanpa tauliah maka hancuss la pangkalan data tu. Zaman tu mana aku reti bekap database. Bila dah crash baru mengelabah, nak tak nak kene start dari awal balik
  • Kene HACK - Yer.. aku banyak kali kena tapau. Sebut je XSS, LFI, SQL injection atau RCE. Semua tu aku dah rase. Oh ye, zaman tu memang banyak zeroday.
  • Perlu duit - Kau perlu duit untuk bayar bil hosting, domain bulan seterusnya.

Point yang last tu, aku rasa bebanan sangat. Zaman tu aku masih lagi student, so duit ni banyak nak pakai (especially untuk makan). Ada kala aku rasa tak berbaloi sebab aku dah jadi malas nak menulis blog tapi bil web host berjalan. Sampailah aku dah kerja, aku rasa tak berbaloi untuk setup website tapi jarang guna. Membazir kan amalan syaitan. Hmm.. aku pernah try hosting free. Macam siot je, dia inject iklan dalam kau punya blog.

Kisah aku dan Jekyll

Setelah mencapai level mampu buat plugin sendiri, godek theme dan ubah core Wordpress untuk kepuasan yang di inginkan kira-kira 4 tahun lepas. Aku rasa dah jemu dengan Wordpress. Dah la setiap bulan aku kene bayar kos hosting. Menulis entri kat blog makin jarang.. so, aku kurang guna apa yang aku bayar. Kebetulan plak aku memang kerja as programmer dan banyak menghadap PHP.

Dengan nafsu yang memuncak, aku mencari sesuatu supaya aku dapat puaskan hati. Aku nak menda tu simple, kecik, save resources dan power. Kebetulan zaman tu, Ruby ni sangat hipster. Hampir semua startup pakai Ruby. Aku pun teringin la nak belajar apa yang trending waktu tu. Sempat la aku belajar RoR (Ruby On Rail) kemudian aku rasa WTF!

Nampak RoR ni kompleks sangat. Aku pun rasa menyesal lak spent masa kat situ until aku dapat tahu wujud static site generator guna Python. Tak silap aku nama dia Pelican.

Memang aku dah lama teringin nak buat Python programming ni tapi entah macam mana aku rasa theme Pelican ni semua biasa-biase je. Tak syokkk! Rupanya Ruby pun ada gak dia punya static website generator, nama dia Jekyll!

Aku pun cuba dan aku dah tangkap cintan dah dengan Jekyll ni. Much better buat blog guna Jekyll daripada Wordpress. Sebab kau jimat resources dan possible untuk deploy kat Github dan Gitlab (macam aku pakai sekarang) secara percuma. Baru lah rasa geek gitu.

Memula aku deploy kt github then sebab github pernah block repos aku so aku rasa insecure then aku migrate guna Gitlab. Which aku rasa much more better dan lagi fleksible.

Oleh sebab Jekyll ni static site, aku tak payah fikir sekuriti sangat sebab kalau aku pacak (host) sendiri pun, segala isi perut dalam tu ialah static. Buat masa ni aku prefer host kat Gitlab sebab platform dia padu dan kene cita rasa aku sebagai pembangun perisian. Tambah pula aku boleh guna markdown untuk tulis entri berbanding dengan wordpress di mana aku perlu gabungkan short code, html snippet dan align text kasi cantik-cantik., Eeee.. leceh sangat.

Antara Wordpress dan Jekyll mana jadi pilihan?

Secara jujur, aku pilih Jekyll je untuk buat blog. Kalau nak fungsi lebih daripada blog (cth online shopping) lebih elok guna Wordpress. Kalau nak buat website online shopping kat Jekyll pun boleh je cuma interaction agak kureng skit.

Siapa yang kaki developer, pilih lah Jekyll sebab kita akan bermain dengan git, ci/cd, markdown, liquid templating, css, html dan ruby. Seronok nya beza daripada guna Wordpress yang click click semua jalan. Jekyll tak perlukan maintenance yang lebih lebih compare to Wordpress. Bila dah jalan, kau boleh terus guna sampai bila-bila. Tapi kalau aku, memang aku godek untuk optimize dan improve sampai aku puas hati. Kalau pape problem, roll back je lah guna git.

Pendek cerita

Apa aku nak sampaikan ialah, korang patut cuba dan cari apa yang serasi. Nak simple dan murah pilih Jekyll. Nak kompleks, nak extend tambah shopping cart, nak tracking down users, nak layan configuration, nak tampal vunerable selalu dan tak berapa murah pilih Wordpress. Simple..citer banyak sangat ni. Tak faham tak tahu la nak cakap apa :stuck_out_tongue_winking_eye:

Edit