Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kecoh baru-baru ni bila Kementerian Pendidikan Malaysia berhajat untuk menerapkan penulisan Jawi ke dalam sukatan sekolah. Kekecohan muncul dari pelbagai sudut, aku senaraikan 3 kategori yang membantah :

  • Daripada bangsa bukan Melayu (Cina, India..dan lain-lain)
  • Bangsa Melayu Moden
  • Pendidik

Aku cuma lihat 3 kategori ini sahaja. Kalau di kaji lebih dalam mungkin ada lagi sub-pecahan dan tambahan kategori, tapi penulisan aku cuma fokus kepada 3 kategori ini sahaja dan entri kali ini adalah mukadimah (aku akan kupas 3 kategori ini dalam post penulisan bahagian kedua)

Kredit gambar <a href="https://pixabay.com/users/patrycjawolszczak-4665385/?utm_source=link-attribution&utm_medium=referral&utm_campaign=image&utm_content=2098645">patrycjawolszczak</a> daripada <a href="https://pixabay.com/?utm_source=link-attribution&utm_medium=referral&utm_campaign=image&utm_content=2098645">Pixabay</a>Kredit gambar patrycjawolszczak daripada Pixabay

Jawi, Bersunat, Berkhatan?

Pertama aku nak katakan dan jelaskan ada yang salah faham Jawi tu ialah bersunat. Aduhai, mana lah kau belajar nih. Bersunat atau lebih di mesra disebut berkhatan ialah perkara berbeza yang kita hendak bincangkan disini hatta pun proses tersebut di panggil jawi. Jadi jangan risau. Tenangkan diri tuan-tuan (Mungkin juga cik, puan-puan juga harus aku tulis disini..heh).

Proses islamasi dan proses asimilasi budaya?

Jawi adalah penulisan yang membolehkan seseorang menulis Bahasa Malaysia (dahulunya di panggil Bahasa Melayu, nanti aku cerita kenapa berubah nama tu) dan juga bahasa lain (aneh bukan?).

Penulisan ini dominan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melaysia dan Arab. Bila sebut Arab, sudah terbayang di dalam kotak minda masing-masing tentang Islam. Di sini aku nak tegaskan, penulisan rumi (A-Z) dan jawi tak ada beza pun. Ia cumalah penulisan, bukan nya agama. Ada buku yang menulis mengenai Islam dalam bahasa Tamil, Mandarin, Greek dan bermacam-macam lagi penulisan. Jangan lah khuatir.

Bahasa Malaysia asalnya lebih banyak ditulis dalam penulisan jawi berbanding penulisan dalam skrip latin (hah, mende plak tu? Skrip latin ialah ungkapan lain untuk penulisan rumi). Namun setelah kedatangan penjajah dan modernisasi, kini kita lebih banyak bahan penulisan dalam skrip latin. Kita (kita merujuk kepada rakyat Malaysia. Anda rakyat Malaysia kan?) kini agak kurang menggunakan Jawi dan semakin berkurang.

Budaya.. bab ni aku hendak tekankan kepada bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu. Tahu kah anda bangsa Melayu telah menggunakan banyak jenis penulisan dari masa ke semasa? Antaranya ialah Brahmin (juga dikenali dengan nama penulisan Pallava), Jawa kuno (juga dikenali dengan nama penulisan Kawi), Rencang dan kemungkinan ada lagi. Ke mana hilang nya penulisan ini?

Saya dah tanya pada perenggan di atas, anda ada jawapan? Adakah anda masih rasa Jawi ialah cuma untuk bangsa Melayu? Jawi telah diguna pakai oleh banyak bangsa (termasuk bangsa Johor..hehe), tidaklah ia fokus pada 1 bangsa sahaja.

Amatlah tidak adil bila anda cuma membuat perbandingan terhadap Bangsa yang mempunyai kaligrafi tersendiri seperti Cina, Jepun, Korea.

Saya akan sambung penulisan saya dalam bahagian ke dua… tunggu ya :heart: